BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, March 6, 2010

10 JENIS SOLAT TIDAK DITERIMA...

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:" Sesiapa yang memelihara solat,maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat, dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juag menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya."

Rasulullah SAW bersabda:"10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT, antaranya:

*Orang lelaki solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
*Orang lelaki mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
*Orang lelaki menjadi imam, padahal orang menjadi makmum membencinya.
*Orang lelaki melarikan diri.
*Orang lelaki minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat).
*Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
*Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
*Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
*Orang yang suka makan riba.
*Orang solatnya tidak dapat menahannya daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah bermaksud:" Barang siapa solatnya itu tidak dapat menahannya daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah dan jauh daripada Allah."

Maksud hadis Rasulullah:"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."Kita disarankan supaya mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun ketika azan berkumandang.

LELAKI DAN WANITA...

Kamu adalah khalifah di bumi Allah...
Menjadi pemimpin dan kepimpinanmu...Akan ditanya kelak...
Bukan masanya kini bertuding jari...
Apatah lagi meratap kesalahan sendiri...
Bangunkanlah ISLAM wahai ummah!!!
Kau lelaki...Tunaikanlah kewajipanmu...
Kau pemimpin wanita yang lemah...
Dan kau wanita...Peliharalah maruahmu...
Menjadi pemangkin penguat lelaki...
Usah EGO dengan diri sendiri...
Kerana penyesalannya terlalu panjang...
Kau diamkanlah mulut-mulut yang menghina Islam...
Hentikan kaki-kaki mereka yang memijak al-Quran...
Kerana kau punya kekuatan dan kemampuan...
Dan itu maruah dan hakmu...
Wahai lelaki dan wanita...
Sedarlah!!!

WANITA...

Membuat mata lelaki menjadi buta...
Meraih keuntungan dalam kecantikan...
Memiliki kesenangan dalam kemaksiatan...
Tidak pernah puas dengan dosa dan noda...
Adakah dikau tahu wahai wanita???
Bahawa dikaulah fitnah dunia...
Yang bakal menghuni An-Narul Jahim...
Dikala dunia sibuk dengan iramanya...
Dimana kau wahai wanita???
Pendorong, mendorong, atau didorong...
Aah...alasan semata-mata...

LELAKI....

Memberi harapan sejuta hati...
Kau dipuja dan kau dikeji...
Dunia yang terang kian suram...
Membelit hati...Meruntuh jiwa insani...
Di saat itu kau dimana???
Kepimpinan yang kau bina...
Atau bersama-sama mereka yang membunuh agama...
Tidakkah kau tahu wahai lelaki...
Tanggungjawabmu terlalu besar...
Mengajak manusia ke syurga...
Bukan bersama-sama menempah NERAKA...