BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 9, 2010

~mUt!aRa kAta~

  • Apabila kita mencintai ALLAH, hakikatnya kita akan memiliki segala-galanya..Inilah cinta yang tidak akan terpisah oleh ruang, jarak, masa, harta, dan kematian...

  • Cita-cita menghendaki perjuangan, perjuangan menghendaki pengorbanan...dan...pengorbanan menghendaki ketabahan hati...

  • Manusia akan berasa kaya kalau hatinya juga kaya...Yang menyenangkan hati ialah keyakinan mencukupkan yang sedikit..Hitunglah apa yang anda miliki, jangan menghitung hal-hal yang anda tidak punyai...

  • Yakinlah daripada setiap kejelekan dan ujian, tersirat kemanisan untuk diselongkar...

  • Untuk mendapatkan jiwa yang bahagia, ada 4 perkara : 1> berani kepada kebenaran, 2> tahu rahsia daripada pengalaman kehidupan, 3> pandai menjaga kehormatan batin, 4> adil walaupun pada diri sendiri...

  • Tidak selamanya kebahagian itu datang, kerana kadang-kadang sinar matahari ditutup oleh awan yang tebal, kesedihan yang dibawa ketawa, ibarat panas mengandung hujan...

  • Biasakanlah bersikap jujur dan benar, walaupun di hadapan anda, anda melihat bahaya...Yakinlah bahawa itu bukan bahaya tetapi bahagia...Jauhilah sikap dan sifat pendusta, walaupun anda lihat di hadapan anda bahagia, sebab itu bukan bahagia tetapi celaka...

  • Carilah kesepakatan dalam apa jua perkara demi keharmonian dan kesejahteraan hidup kita, yang entah bila berakhirnya...Tiada siapa tahu...

  • Jika cinta sudah tiada di hati anda, tandanya salah satu nikmat ALLAH telah tercabut daripada anda, sedang cinta salah satu nikmat teragung ALLAH terhadap hamba-hambaNYA...