BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, March 6, 2010

10 JENIS SOLAT TIDAK DITERIMA...

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:" Sesiapa yang memelihara solat,maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat, dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juag menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya."

Rasulullah SAW bersabda:"10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT, antaranya:

*Orang lelaki solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
*Orang lelaki mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
*Orang lelaki menjadi imam, padahal orang menjadi makmum membencinya.
*Orang lelaki melarikan diri.
*Orang lelaki minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat).
*Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
*Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
*Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
*Orang yang suka makan riba.
*Orang solatnya tidak dapat menahannya daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah bermaksud:" Barang siapa solatnya itu tidak dapat menahannya daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah dan jauh daripada Allah."

Maksud hadis Rasulullah:"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."Kita disarankan supaya mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun ketika azan berkumandang.

0 comments: